Monday, January 18, 2010

alhamdulillah...

syukur ya ILAHI atas perlindungan yang telah engkau berikan kpd kami sekalian umatmu yang mengikuti rombongan ke thailand...aku amat bersyukur sekali di atas keselamatan kami semua pergi dan pulang...ternyata ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang terhadap umatnya...cuma hambanya sahaja yg kurang menyedari nya...astaghfirullahal'azim..aku cuba dan aku berusaha utk menjadi seorang hambanya yang bersyukur di atas segala nikmat yg telah diberi...insyaALLAH...

aku akan menceritakan sedikit sebanyak kenangan aku di thailand(17/01/10,ahad) yang sangat indah yang aku rasakan...,

berangkat pada pukul 8.30 setelah lama menunggu di luar kampus untuk mengambil semua pelajar2 yang mengikuti rombongan tersebut.sebelum menuju ke bukit kayu hitam, kami semua pergi ke changlun utk menukar matawang thailand...mata wang thailand adalah bersamaan rm 1: 0.960 baht..selepas semua sudah menukar duit thailand, dalam pukul 9.30, kami pun pergi ke bukit kayu hitam untuk cop border..k'dian kami ke sempadan thailand iaitu di sadao utk cop border kali ke 2...

tumpuan pertama kami ke songkhla iaitu mengambil masa selama 2 jam utk sampai dari sadao..sepanjang perjalanan, dapat ku perhatikan daerah sadao yg kurang maju berbanding changlun...kawasan yang agak diselang selikan dengan pokok2 yang merimbun..sememangnya kurang kemajuan di daerah itu..sepanjang perjalanan ku lihat ada deretan kedai2 yg agak lama usianya dan yang menarik minatku, apabila melihat restoran kfc hanya seperti rumah kedai, dan sangat berbeza dari m'sia yg restoran nya cantik dan menarik..

ku tinggalkan sebentar cerita di sepanjang perjalanan ke songkhla dan ingin ku certikan pula destinasi pertama kami... kami tiba di songkla pada pukul 11 pg, dan kami turun di bukit tang kuan pd pukul 11.15..di bukit tang kuan,dgn byran 30 baht, kami dpt melihat permandangan sekitar songkhla..ALLAHU AKBAR..sgt cantik permandangan dri atas bukit, ditambah dengan permandangan sekitar pulau tikus dan pulau kucing yg tersergam,,sungguh cantik ciptaan ILAHI..sekitar 30 minit, kami turun semula ke bwh..
dan dibawah, kami semua sempat membeli cenderamata iaitu gambar kami di atas piring, buat perhiasan..

destinasi ke 2 kami selepas bukit tang kuan, kami ke pantai untuk melihat patung ikan duyung...patung ikan duyung itu punyai kisah nya yang tersendiri..di mana mengikut pak shukri, pemandu pelancong kami, ada seorang nelayan yang pernah melihat ikan duyung di pulau tersebut dan tergamam dengan kecantikan ikan duyung itu. sempat la aku dan rakan2 yang lain bergambar dgn ikan duyung tu..tapi sayangnya..xsempat nak bermain2 di tepi pantai...tapi, pengalaman itu xdapat aku lupakan...sangat indah..aku sempat juga beli cenderamata buat kenangan dan buat rakan2..=)

seterusnya, kami naik ke dlm bas dan menuju ke kedai2 untuk mencari makanan tgh hari pula..lapar kami dibuatnya, dari pg hanya berbekalkan roti dan air masak buat sarapan..tiba di kedai makan, kami memilih makanan utk dimakan..aku teringinkan tomyam di thailand nie, tapi dek kerana terkejarkan masa, aku memilih saja makanan yang ada iaitu nasi setengah, kerabu kaki ayam dan ikan masak merah..mulanya laju juga aku mkn, lama2 semakin perlahan..sebab pedas..huhu...aku makan sumenyer 40 baht..=rm 4..

the next destination is..hatyai..aku sempat tertidur di dalam bas kerana perjalanan agak jauh..xingat brapa jam,,kini tibanya di nora plaza..aku agak blur semasa sampai di nora plaza,sebab bru bangun tdo..yg terkilannya, kad diskaun 20% aku xdapat, sebab perempuan yang bagi kad tu ingat aku budak2..em...biar je la..tp dalam plaza tu, aku xbeli apa2 pn,..sebab sumenyer barang harganya 2 kali ganda dari yang sepatutnya..sebab apa aku kata 2 kali ganda, ni la aku nak cerita..hehe

lepas nora plaza, tempat yang aku xbeli apa2 tu, kami sume pun berangkat ke pasar di hatyai..pasar tu memang murah2..membuatkan aku sedikit gila melihat barang2 yang cantik dan sangat murah,,,di sana, aku beli segala barang untuk keluarga aku..cumanya, masa yang terhad aku xsempat lagi untuk melihat barang2 lain dan xsempat menjengah ke kedai2 lain..tapi, aku sangat seronok beli barang2 d sana..kota hatyai sangat sempit, dipenuhi kedai2 kecil dan jalan yang kecil membuatkan bandar itu sempit dengan kenderaan rakyat2 nya yang banyak..alhamdulillah, dalam kesesakan itu, aku selamat...tapi rakyat thailand ku ingin 'mention' kan...sangat tak beretika..ada sesetengah penjual yang menjual vcd lucah secara terangan di kedai2, tidak hairanlah pada malamnya, aktiviti hiburan yang tidak dapat ku katakan berleluasa,astaghfirullahal'azim..bahkan keselamatan mereka jua tidak diutamakan, apabila kata pakcik shukri, pemakaian topi keledar hanya diwajibkan kepada salah seorang sahaja yang menaiki motorsikal..pembonceng x perlu dipakaikan topi..aduhai..

em..selepas pasar tu, kami menuju ke pasar terapung..itu destinasi kami yang terakhir ke thailand..pada pukul 7 mlm, kami tiba dan di pasar terapung itu adalah destinasi untuk membeli makanan..yang menariknya, banyak makanan dijual oleh peniaga diatas sampan dan mereka akan hulurkan makanan yang dipesan dengan alat lain kepada pembeli..sangat menarik, dengan harga makanan yang murah2 belaka..tapi aku xbrapa selera untuk menjamah makanan mereka..kerana sesetengahnya pelik masakannya dan rupanya..yang menarik, mereka xmenggunakan polisterena atau pinggan, tetapi gunakan tempurung, daun yang diikat berbentuk seperti perahu kepada pembeli..juga minumannya diisi di dalam tanah liat yang berbentuk pasu, ikan, patung dan lain2 lagi..itu lah kelainan thailand..

yang sangat menggelikan aku, ada juga peniaga yang menjual ulat,lipas dan sama waktu dgnnya, dengan digoreng...sampai saat ini aku masih ingat 'makanan' yang aku nampak pd waktu itu...geli...itulah budaya thailand...aku juga sempat membeli sedikit makanan dan air kelapa di dalam bekas berbentuk teko tanah liat..so nice!

lebih kurang pukul 8 mlm, kami berangkat pulang ke sadao..pada pukul 9.30 mlm, kami tiba di persimpangan sadao utk check out dan cop border...sangat penat di dalam bas yang agak bingit kerana ada sesetengahnya berkaraoke..aduhai..sebelum keluar dari persimpangan thailand, aku sempat membeli kacang dan makanan ringan utk dibawa balik..perjalanan diteruskan ke bukit kayu hitam dan akhirnya tiba di persimpangan ke malaysia..kami turun check dan cop border, tapi agak terkilan kerana dimarahi oleh penjaga kaunter disitu kerana kami semua tidak beratur selepas garisan putih..sangat terkilan dengan moto jbtn kastam..berkhidmat dengan senyuman..tapi kami dikhidmatkan dengan kmarahan...aduhai...

dipendekkan cerita yang nak abis ni dengan perjalanan terus ke bumi sintok..dan akhirnya alhamdulillah kami tiba di dpp sime darby pada pukul 11.45 malam...dengan kelajuan yang sepantas luar biasa laju aku dan rumet tersyg akhirnya tiba di bilik 6g301 dengan kepenatan + kemengantukkan + kepanasan..sume ade...kami mandi2,sembahyang dan tidur nyenyak yang xcukup..hehe....

segala-galanya ku akhiri disini dengan rasa kesyukuran yang teramat sgt dan ada hikmah disebalik lawatan ke thailand dan rasa risau aku..mungkin tuhan tidak mahu kami terlalu gembira hingga terlupa dimana kami berada..dan alhamdulillah,kami selamat tanpa ada sebarang kesulitan berlaku..sepanjang ku di thailand, sering ku teringat pesan mak abah dan keluarga supaya jaga diri dan tidak lupa pada sahabatku, yang mengingatkanku supaya niat di dalam hati pergi ke thailand utk melihat penciptaan tuhan yang MAHA BERKUASA..dan ku x lupakan itu disana..alhamdulillah....syukur...

itu sahaja buat kali ini...=)
yang baik datang dari yang MAHA BERKUASA dan yang buruk, datang dari kelemahan diri ini yang ingin berkarya....sekian WASSALAM...

Sunday, January 17, 2010

keberangkatan...

hari ini, pd pukul 7 pg nanti aku akan berangkat ke thailand kerana mengikuti lawatan ke hatyai, danok dan songkla....
hati aku bukanlah segembira orang lain, kerana sebelum buatnya border pass, ada dugaan yang terpaksa aku tempuh...yakni membuatkan hatiku gelisah dan risau...bukan apa, takut apa2 yang akan terjadi semasa lawatan ku ke sana....

apa yang aku harapkan supaya perjalanan pergi dan pulang kami akan selamat ke tanah air dan aku dapat meneruskan kehidupanku sebagai seorang pelajar....

tetapi seandainya umur ku hanya setakat esok hari, ku mohon ampun kpd semua yang pernah mengenali ku...ampunkan segala kesilapan ku selama ku hidup di dunia....

ya ALLAH, aku mohon keampunan hanya dari MU..ampunkan aku YA RABBI.....

Saturday, January 16, 2010

impianku...

Dari Sang Akhwat(muslimah)

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu...

Isi Hati Sang Ikhwah(muslimin)

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

~petikan daripada artikel ILUVISLAM.com~

cinta dr perspektif anda?

hidup sgt memerlukan cinta...itu pernyataan yg dpt ku layangkan disini apabila topik cinta ini bermain di fikiran ku...bgku, cinta adlh satu perasaan yg tertanam di lubuk hati di mana sesiapa yg memperolehnya akan merasa perasaan bahagia yg kuasanya dapat menolak seribu satu perasaan sedih yg ada dlm hati...rasa bahagia itu sekiranya ditambah dgn rasa kesyukuran kpd yg MAHA MEMBERI itu,rasa manisnya cinta itu akan bertambah manis...insyaALLAH...

bagiku, cinta tidak seharusnya dr insan tersayang sahaja, yakni ianya datang dari pelbagai perspektif..ia sepatutnya di ambil kira dari cinta yg MAHA PENGASIH, cinta dari utusan ALLAH, Nabi Muhammad SAW..kemudian barulah cinta dari kedua ibu bapa, keluarga dan seterusnya...

em..aku juga tidak terkecuali drp merasai cinta dunia...perasaan cinta itu sentiasa bersamaku tidak kira aku sbg seorg hambaNYA, sebagai seorg anak, seorang adik, seorang kakak, seorang sahabat...dan belum lagi sebagai kekasih buat ms sekarang...aku bahagia dan aku bersyukur bergelumang dengan rasa cinta yang insyaAllah diredhai dan dirahmati dunia akhirat,,,alhamdulillah...

sebenarnya, isu yg hendak ku kupaskan bukanlah seluas dan sesubjektifnya perkataan cinta itu..sebenarnya hanya isu sbg seorang insan..adakah perlu mencari cinta dan pasangan yakni zauji kita?

kalu masuk isu ni..seronok cket la nak kupas kan..sebabnya setiap manusia di atas bumi ini ingin mencari dan bersama dengan zauji/zaujah masing2 kan...

pernah aku baca artikel yang menulis bahawa 'couple itu haram'...aku rasa artikel tu xlari dari persoalan aku sekarang sbbnya kalau ada pasangan, means that couple la kan..senang crita, dlm artikel tu de ceritakan seorg muslimin ini yg sanggup melepaskan zaujahnya demi mendekatkan diri kpd yg MAHA ESA..kagum betul dgn saudara tu...

em berbalik semula pd asalnya, perlu ke kt mncari psgn ni?

bg aku,senang aje...yg dah ade psgn, bersyukurlah krn hidup anda d dunia ini danugerahkan seorng pasangan yg dpt memimpin hidup anda,insyaAllah...n bersyukurlah dgn cinta dan kasih syg yg dberikan oleh ALLAH SWT kpd anda...

kpd yg tiada...jgn bersedih atau risau..jodoh tetap akan ada utk anda, cuma mgkin lambat cket dr org lain...cumanya usah terburu2 dalam mencari cinta sehinggakan diri sendiri tergadai maruah dan diri...bercinta xsalah..tapi harus ada batasnya...

selagi dpt menjaga, kita jagalah amanah yg dipertanggungjawabkan ini...
bercinta biarlah mendapat keredhaan dan kerahmatan yang MAHA ESA...

rawat hati...

aku bukanlah seorang yang lyk utk mnjadi wali di dunia dgn mgkhabarkan berita2 n nasihat yg baik buat hamba2 Allah...krn diri ini masih belum lengkap dgn ilmu2 dunia dan akhirat,,,diri ini juga sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dr sebelumnya dan akan cuba untuk membetulkan diri demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat...

menulis di blog adalah ssuatu yg sukar utk kumulakan krn ianya ku rasakan perlukan kelengkapan diri yg sgt besar dan tahap pengetahuan yang tinggi buatku...namun,ku gagahkan jua demi membangunkan diri ini ke satu tahap yg lebih baik dan sbg peringatan kpd kaum muslimin muslimat, INSYAALLAH...

pagi ini, tangan ini ringan utk mencari artikel dan panduan utk merawat hati yg berpenyakit...

apakah itu hati yg berpenyakit? hati yg berpenyakit seingat buku yg pernah ku baca ialah hati yang kdg2 ia menjadi baik, kdg2 ia juga menjadi tidak baik, iaitu sifat2 mazmumah yg mengganggu kesucian hati itu sendiri....

adalah sgt penting bagi umat ISLAM bg menjaga hati drp berpenyakit....dri ini risau, adakah cukup kudratku utk merawat hati yg belum tentu suci ini ya ALLAH....

namun, semangat utk terus merawat hati ini akan terus menyala, demi kehidupan dunia akhirat...

disini ku selitkan sekali kandungan artikel2 yg dbaca bg merawat hati yg berpenyakit...

pertama sekali, kt perlulah berbalik kpd ALQURAN, krn surat2 cinta Allah itu sgtlah mmpunyai rahmat yang sgt bermakna bg merawat sekalian hambaNya...

yang keduanya ialah dgn melakukan solat taubat....insyaAllah dgn melakukan solat taubat d sepertiga malam, ssorg hamba itu akan lebih mendekatkan dri kpd penciptanya...ku pernah terbaca artikel menyebut, ALLAH akan menerima taubat ssorg hambanya di malam hri setelah dosa yg telah d lakukan pd waktu siangnya..dan menerima taubat seseorg itu d siang hri apabila dia melakukan dosa d mlm hri...(ikut pemahaman ayat)...jadi ku mengingatkan dri ini juga utk terus melakukan solat taubat...insyaAllah..

selain itu, berusahalah utk menjaga hati drp sifat2 mazmumah, spt hasad dengki, sombong, takbur dan lain2..ingatlah bhwa segala2 yang kt miliki ini adalah milik Allah yg mutlak...kt sbg hambanya hanya mmegang amanah utk melakukan kebaikan d dunia utk dbawa d akhirat kelak...

demikian lagi, ringan2kanlah mulut dan basahkanlah lidah dgn berzikir kpd ALLAH dan junjungan Nabi Muhammad SAW..sesungguhnya dgn berzikir, akan terhapus titik2 hitam di dalam hati manusia dan moga2 hati kt akan menjadi lembut utk melaksanakan segala yg diperintahkan oleh Nya..amin,..

makanan juga faktor yg penting dlm menjaga hati...makanlah makanan yg halal dan yg tiada was2 dalam penyediaanya...sekadar mengingatkan diri ini juga dlm pemilihan mknn yg halal...
pernah juga mencuba madu lebah...rasanya agak berkesan bg sorg pelajar krn ia memudahkan proses pembelajaran dan pemantapan hati yg lebih suci,insyaAllah...tp segala2 nya berserah kpd Allah juga, jgn mengharapkan makanan itu yg akan merawat hati, ianya hanya sbg medium utk menjadikan hati lebih suci...segalanya terserah pd yang MAHA ESA.....

hanya utk mengingatkan diri sendiri...ringan2kanlah diri utk melaksanakan juga solat2 sunat...dan jgn dilupa yg wajib nya....insyaAllah..smoga menjadi sorg hamba yg sentiasa dirahmati, diredhai dan mendapat pengampunan d dunia dan akhirat...amin ya rabbal a'lamin...