Monday, January 18, 2010

alhamdulillah...

syukur ya ILAHI atas perlindungan yang telah engkau berikan kpd kami sekalian umatmu yang mengikuti rombongan ke thailand...aku amat bersyukur sekali di atas keselamatan kami semua pergi dan pulang...ternyata ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang terhadap umatnya...cuma hambanya sahaja yg kurang menyedari nya...astaghfirullahal'azim..aku cuba dan aku berusaha utk menjadi seorang hambanya yang bersyukur di atas segala nikmat yg telah diberi...insyaALLAH...

aku akan menceritakan sedikit sebanyak kenangan aku di thailand(17/01/10,ahad) yang sangat indah yang aku rasakan...,

berangkat pada pukul 8.30 setelah lama menunggu di luar kampus untuk mengambil semua pelajar2 yang mengikuti rombongan tersebut.sebelum menuju ke bukit kayu hitam, kami semua pergi ke changlun utk menukar matawang thailand...mata wang thailand adalah bersamaan rm 1: 0.960 baht..selepas semua sudah menukar duit thailand, dalam pukul 9.30, kami pun pergi ke bukit kayu hitam untuk cop border..k'dian kami ke sempadan thailand iaitu di sadao utk cop border kali ke 2...

tumpuan pertama kami ke songkhla iaitu mengambil masa selama 2 jam utk sampai dari sadao..sepanjang perjalanan, dapat ku perhatikan daerah sadao yg kurang maju berbanding changlun...kawasan yang agak diselang selikan dengan pokok2 yang merimbun..sememangnya kurang kemajuan di daerah itu..sepanjang perjalanan ku lihat ada deretan kedai2 yg agak lama usianya dan yang menarik minatku, apabila melihat restoran kfc hanya seperti rumah kedai, dan sangat berbeza dari m'sia yg restoran nya cantik dan menarik..

ku tinggalkan sebentar cerita di sepanjang perjalanan ke songkhla dan ingin ku certikan pula destinasi pertama kami... kami tiba di songkla pada pukul 11 pg, dan kami turun di bukit tang kuan pd pukul 11.15..di bukit tang kuan,dgn byran 30 baht, kami dpt melihat permandangan sekitar songkhla..ALLAHU AKBAR..sgt cantik permandangan dri atas bukit, ditambah dengan permandangan sekitar pulau tikus dan pulau kucing yg tersergam,,sungguh cantik ciptaan ILAHI..sekitar 30 minit, kami turun semula ke bwh..
dan dibawah, kami semua sempat membeli cenderamata iaitu gambar kami di atas piring, buat perhiasan..

destinasi ke 2 kami selepas bukit tang kuan, kami ke pantai untuk melihat patung ikan duyung...patung ikan duyung itu punyai kisah nya yang tersendiri..di mana mengikut pak shukri, pemandu pelancong kami, ada seorang nelayan yang pernah melihat ikan duyung di pulau tersebut dan tergamam dengan kecantikan ikan duyung itu. sempat la aku dan rakan2 yang lain bergambar dgn ikan duyung tu..tapi sayangnya..xsempat nak bermain2 di tepi pantai...tapi, pengalaman itu xdapat aku lupakan...sangat indah..aku sempat juga beli cenderamata buat kenangan dan buat rakan2..=)

seterusnya, kami naik ke dlm bas dan menuju ke kedai2 untuk mencari makanan tgh hari pula..lapar kami dibuatnya, dari pg hanya berbekalkan roti dan air masak buat sarapan..tiba di kedai makan, kami memilih makanan utk dimakan..aku teringinkan tomyam di thailand nie, tapi dek kerana terkejarkan masa, aku memilih saja makanan yang ada iaitu nasi setengah, kerabu kaki ayam dan ikan masak merah..mulanya laju juga aku mkn, lama2 semakin perlahan..sebab pedas..huhu...aku makan sumenyer 40 baht..=rm 4..

the next destination is..hatyai..aku sempat tertidur di dalam bas kerana perjalanan agak jauh..xingat brapa jam,,kini tibanya di nora plaza..aku agak blur semasa sampai di nora plaza,sebab bru bangun tdo..yg terkilannya, kad diskaun 20% aku xdapat, sebab perempuan yang bagi kad tu ingat aku budak2..em...biar je la..tp dalam plaza tu, aku xbeli apa2 pn,..sebab sumenyer barang harganya 2 kali ganda dari yang sepatutnya..sebab apa aku kata 2 kali ganda, ni la aku nak cerita..hehe

lepas nora plaza, tempat yang aku xbeli apa2 tu, kami sume pun berangkat ke pasar di hatyai..pasar tu memang murah2..membuatkan aku sedikit gila melihat barang2 yang cantik dan sangat murah,,,di sana, aku beli segala barang untuk keluarga aku..cumanya, masa yang terhad aku xsempat lagi untuk melihat barang2 lain dan xsempat menjengah ke kedai2 lain..tapi, aku sangat seronok beli barang2 d sana..kota hatyai sangat sempit, dipenuhi kedai2 kecil dan jalan yang kecil membuatkan bandar itu sempit dengan kenderaan rakyat2 nya yang banyak..alhamdulillah, dalam kesesakan itu, aku selamat...tapi rakyat thailand ku ingin 'mention' kan...sangat tak beretika..ada sesetengah penjual yang menjual vcd lucah secara terangan di kedai2, tidak hairanlah pada malamnya, aktiviti hiburan yang tidak dapat ku katakan berleluasa,astaghfirullahal'azim..bahkan keselamatan mereka jua tidak diutamakan, apabila kata pakcik shukri, pemakaian topi keledar hanya diwajibkan kepada salah seorang sahaja yang menaiki motorsikal..pembonceng x perlu dipakaikan topi..aduhai..

em..selepas pasar tu, kami menuju ke pasar terapung..itu destinasi kami yang terakhir ke thailand..pada pukul 7 mlm, kami tiba dan di pasar terapung itu adalah destinasi untuk membeli makanan..yang menariknya, banyak makanan dijual oleh peniaga diatas sampan dan mereka akan hulurkan makanan yang dipesan dengan alat lain kepada pembeli..sangat menarik, dengan harga makanan yang murah2 belaka..tapi aku xbrapa selera untuk menjamah makanan mereka..kerana sesetengahnya pelik masakannya dan rupanya..yang menarik, mereka xmenggunakan polisterena atau pinggan, tetapi gunakan tempurung, daun yang diikat berbentuk seperti perahu kepada pembeli..juga minumannya diisi di dalam tanah liat yang berbentuk pasu, ikan, patung dan lain2 lagi..itu lah kelainan thailand..

yang sangat menggelikan aku, ada juga peniaga yang menjual ulat,lipas dan sama waktu dgnnya, dengan digoreng...sampai saat ini aku masih ingat 'makanan' yang aku nampak pd waktu itu...geli...itulah budaya thailand...aku juga sempat membeli sedikit makanan dan air kelapa di dalam bekas berbentuk teko tanah liat..so nice!

lebih kurang pukul 8 mlm, kami berangkat pulang ke sadao..pada pukul 9.30 mlm, kami tiba di persimpangan sadao utk check out dan cop border...sangat penat di dalam bas yang agak bingit kerana ada sesetengahnya berkaraoke..aduhai..sebelum keluar dari persimpangan thailand, aku sempat membeli kacang dan makanan ringan utk dibawa balik..perjalanan diteruskan ke bukit kayu hitam dan akhirnya tiba di persimpangan ke malaysia..kami turun check dan cop border, tapi agak terkilan kerana dimarahi oleh penjaga kaunter disitu kerana kami semua tidak beratur selepas garisan putih..sangat terkilan dengan moto jbtn kastam..berkhidmat dengan senyuman..tapi kami dikhidmatkan dengan kmarahan...aduhai...

dipendekkan cerita yang nak abis ni dengan perjalanan terus ke bumi sintok..dan akhirnya alhamdulillah kami tiba di dpp sime darby pada pukul 11.45 malam...dengan kelajuan yang sepantas luar biasa laju aku dan rumet tersyg akhirnya tiba di bilik 6g301 dengan kepenatan + kemengantukkan + kepanasan..sume ade...kami mandi2,sembahyang dan tidur nyenyak yang xcukup..hehe....

segala-galanya ku akhiri disini dengan rasa kesyukuran yang teramat sgt dan ada hikmah disebalik lawatan ke thailand dan rasa risau aku..mungkin tuhan tidak mahu kami terlalu gembira hingga terlupa dimana kami berada..dan alhamdulillah,kami selamat tanpa ada sebarang kesulitan berlaku..sepanjang ku di thailand, sering ku teringat pesan mak abah dan keluarga supaya jaga diri dan tidak lupa pada sahabatku, yang mengingatkanku supaya niat di dalam hati pergi ke thailand utk melihat penciptaan tuhan yang MAHA BERKUASA..dan ku x lupakan itu disana..alhamdulillah....syukur...

itu sahaja buat kali ini...=)
yang baik datang dari yang MAHA BERKUASA dan yang buruk, datang dari kelemahan diri ini yang ingin berkarya....sekian WASSALAM...

No comments:

Post a Comment