Tuesday, February 23, 2010

masih sempat....

dalam mencari idea utk aku mengarang assignment pengantar komunikasi, sempat aku menjengah blog ku ini yg dah 2 hari xtulis ape2 di sini...

hari ini, ada cerita aku nak kongsi cket di sini...hem, pagi tadi seperti biasa aku ke kelas kom jam 9 pg...hr ni pun spt biasa, puan agak lmbat masuk ke kelas, biasalah tu...(student mcm aku pn slalu lmbt..hehe)..hari ini, pembentangan kumpulan akan bersambung, setelah pelajar uum cuti seminggu...

mungkin fikiran masih blur2 dan still ingin menikmati cuti, diri mereka2 yang akan present hr ni belum bersedia,,di tambah hari ni mood puan yang agak kurang baik, 'kami' semua abis terkena habuannya...(kena marah..)sbb org yang nak present lambat kluar..hem...

dipendekkan cerita, kumpulan yang akan present hr ni mmg xbersedia nak present, ditambah pulak dgn kecuaian mereka yang terlupa utk tukar format word komputer dlm dewan yang terlambat upgrade tu...diorang buat format 2007, sedangkan komputer tu terima 2003 n lower...huhu...

memang dah sangka puan akan marah, lagi sebab puan x sihat...hem, kesian puan..dengan marahnya, puan kluar trus dari dwn kuliah..hem...biarkan aje mereka dgn kumpulan mereka....kesilapan mereka perlu diambil iktibar oleh aku, n kumpulan2 lain...

lepas sign attendance, kami pun balik kolej..sempat jugak ke lab n 'update' ape yang patut di facebook..haha...

em, pukul 10.30, kami sume ke kelas seminar plak...em, kls ni terus terang aku ckp, aku pun boring,,tersgt2...xblaja sgt pun,,jadi agak boring...

hari ni pun ada pembentangan kumpulan yang tajuknyer LOCATION STRATEGIC...

sepanjang pembentangan diorang, aku sempat menyalin notes cket..apa yang penting ttg tajuk tu...

nasib aku baik, dengan kerajinan ku, en azhar (lect kami) buat kuiz,,kuiz tu dibuat sebab balasan majoriti student yang bising sewaktu student lain buat presentation...aku steady jer...hehe...

tapi harap jugak jawapan aku betul....huhu...ye lah, takut terlepas pandang...

hem, lepas abis kuiz 'terpaksa' tu, dgr lagi en azhar 'menasihati' kami, pelajar2nya,....

baik en azhar..sy faham....tp utk berubah, sukar....krn perubahan bukan nya mudah kan....wallahu 'alam...

itu saja buat kali nie,,,,aku nak sambung buat assignment ku yang terbengkalai seketika,,,tata,,,,assalamualaikum..

Sunday, February 21, 2010

selamat smpai...tata kulim...huhu

alhamdulillah....akhirnya aku selamat sampai di kolej ku...

perjalanan hari nie penat cket,xtau la kenapa...dalam bas dari kulim ke a.star tadi aku tdo je...jd xla rasa lama sgt tunggu nak smpai...elok sampai je a.star, terus aku naik bas ke uum...tapi bas tu dah penuh org,,so aku tpaksa berdiri...

agak lama jugak aku berdiri..sampai laa di stesen bas jitra, ada uncle cina turun,aku pun dapat duduk...alhamdulillah...

em...balik uum ni, banyak la keje kena buat...dengan assignment aku tak tersentuh pun kat umah..hehe....midsem exam pun makin dekat...

ape2 pun,sumenyer kena get ready n prepare...

well, wish me all d best...!

Saturday, February 20, 2010

cintamu YA RABBI...

seketika tadi, perasaan aku menjengah pertanyaan yang sering ku terkelu utk memberi jawapan....(padahal utk dri sendiri)...ianya tentang hati...

hem, ape yang pasti,kini ku temui jalan yang sememangnya ini jawapan yang paling tepat...ape dia??

hem...serahkan hati bulat2 kpd yang maha mencetuskan perasaan yakni Allah swt...hanya pada dia, akan terjawab segala masalah..akan kembali tenang hati yang kecewa...

aku hanya insan biasa yang sering berharap...jadi, harapan ku perlulah selalu ku sandarkan pada YANG MAHA BERKUASA...amin....semoga diri beroleh ketenangan..amin...

sentiasalah ingatkan tentang kisah seorang lelaki yang sanggup memutuskan cintanya kpd muslimah...hanya utk mengecap cinta kpd tuhannya....aku kagum...alangkah aku dpt jadi sepertinya,,,hati akan sentiasa damai dan tenang mengingati Allah....

~hanya peringatan buat diri yang lemah...T_T

Friday, February 19, 2010

bab syubhah...continue..

persoalan kedua yang dipersoalkan di dalam bab syubhah nie, ada sesetengah masyarakat yang bekerja di syarikat yang menjual...ataupun berurusan dgn benda haram nie..mcm mn plak tu,,,hem..

terdapat hadis nabi SAW yang berbunyi...'akan datang atas manusia satu zaman di mana manusia tidak peduli apa yang dia ambil adakah halal atau haram...'

ini bermaksud, ada orang yang tidak mengendahkan kegiatan perniagaan syarikat tersebut yang menjalankan kegiatan haram tersebut,yang dia tahu, hanya bekerja shj,,,tetapi,perlu difahami sekiranya adanya kegiatan menjual arak, orang yang terlibat dengannya adalah turut berdosa...dalam riwayat tirmizi, Anas b Malik r.a berkata, Nabi saw melaknat 10 golongan berkaitan arak, antaranya ialah peminumnya,penjualnya,pembeli, dan pembawanya. membeli arak tetapi xminum dan menjual arak tp x minum juga adalah dilaknat...

jadi, sama2 lah kita menjaga persekitaran (tempat kerja kita) supaya kita tidak tergolong dalam golongan hamba yang dilaknat,,,,nauzubillahi min zalik...

persoalan yang kedua pula berkenaan dengan daging yang dijual di pasar dsb, di sembelih atau tidak?...sekiranya daging itu dijual oleh seorang muslim, tidak perlu ada rasa kesangsian terhadap daging yang dijual, kerana sudah tentu daging tersebut dibekalkan oleh pembekal yang muslim juga atau dgn kata lain disembelih dgn cara Islam..



lain pula sekiranya daging itu dijual oleh orang bukan muslim,maka lebih afdal dielakkan daripada membeli daging daripadanya....

lain keadaan pula sekiranya daging itu dihadiahkan oleh seseorang, perlu sangsi atau x?hem...sekiranya daging itu dihadiahkan, maka xperlu ada kesangsian terhadapnya, malah bersyukurlah dengan rezeki yang diterima...menurut hadis nabi saw pula, sekiranya tidak diketahui halal/haram maka..'sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah ia..'(riwayat bukhari)..

Thursday, February 18, 2010

buntu....

aduhai.....buntu aku hari nie....
aku sdg mencari artikel2 berkaitan syarikat tanco...banyak yang aku dah jumpa, tapi,nak access artikel tu, kena sign in...lepas sign in, perlu ada bayaran..bla3...aduhai..
xdapat jugak aku nak access artikel yang aku dah jumpa tu..mcm mana ni,,huhu...

assignment aku ni,bukannya benda kecik kena buat,banyak benda kena analisis...huhu...Ya Allah, bantulah hambamu ini...

petang ni, na balik...n yang bestnyer, dapat makan kek...hehe...sedap...pengubat jugak keserabutan kepala aku ni mencari bahan....hehe...ini kek nyer,..sedap tau..


apa itu syubhah??hem...


semalam, sebelum aku temankan kakak aku g interview, aku sempat baca sebuah buku yang bertajuk 'SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG MUAMALAT'...buku ini banyak memberikan jawapan tentang persoalan2 yang kadang2 dianggap remeh,tapi terjawab di dalam buku ini,utk mengelakkan salah faham ttg sesuatu,khususnya berkaitan muamalat...

aku selak2 buku ni, kemudiannya aku tertarik dgn tajuk nie..SYUBHAH..hem,ape tu shubhah?syubhah dalam kamus bermaksud kesamaran, yakni sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya antara halal dengan haram...

seperti dalam kehidupan seharian kita, kadang kala ada sesuatu perkara yang kita tidak pasti dan teragak2 dalam penggunaannya, terutamanya yang singgah difikiran aku sekarang,adalah soal makanan...serinh kita dengar dan terbaca artikel yang menyatakan larangan sesuatu makanan utk dimakan kerana terdapat bahan2 yang diharamkan..(faham2 la kan..)hem...

jadi, berbalik kpd buku yang ingin ku ulaskan di sini, ianya berkenaan muamalat,iaitu soal perniagaan...sebelum panjang lebar ulasan ku ttg tajuk nie, baik kita mulakan dgn hadis Nabi SAW yang berbunyi;
'Halal adalah jelas dan haram juga jelas. di antara keduanya adalah perkara2 yang kesamaran. ramai manusia tidak mengetahuinya...'

persoalan pertama yang dikemukakan ialah bersabit dengan soal makanan yang kebanyakannya dikeluarkan oleh pengeluar yang bukan Islam..jadi proses pembuatan itu yang menjadi tanda tanya..bukan apa,takut2 ada campuran makanan yang tak sepatutnya di dalam makanan tue...aku teringat kata2 tun dr mahathir semasa kedatangan beliau di uum baru2 ni,yang mengatakan rakyat melayu khususnya perlu berusaha dalam memonopoli pasaran yang kini hebat dipelopori oleh bangsa lain..ini juga berbalik kepada soal pemakanan kita sebagai muslim...

yang kedua, bagi memastikan makanan yang dikeluarkan itu secara halalnya dapat dimakan, kilang dan makanan tersebut perlu menjalani kawalan/pengesahan daripada badan seperti JAKIM..penguatkuasaan terhadap sijil HALAL juga perlu diperketatkan supaya perletakan halal itu tidak sewenang2nya digunakan dalam makanan yang tidak halal...

yang ketiga, kita sebagai pengguna muslim perlulah lebih peka dengan bahan makanan yang digunakan..utk itu, kita perlulah memeriksa di bahagian kandungan makanan..ini kerana sesetengah makanan tidak menjalani/mengambil kira soal halal/haram makanan tersebut...janganlah kita hanya beli saja makanan yang dipamerkan tanpa mengambil kira soal kandungannya...(ingatan buat diri juga..)



seterusnya, sekiranya naluri kita masih lagi samar2 dengan kandungan/produk tersebut,maka lebih afdal lah kalau kita tidak menggunakannya...ini kerana menurut sabda yang berbunyi...'tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu..'~riwayat tarmizi....

jadi begitulah senarionya kita sebagai hambaNya,perlulah peka dengan keadaan sekeliling supaya dalam dan luar kita terjaga daripada sebarang perkara/makanan haram nie...

sebenarnya, banyak lagi yang ingin ku ulaskan tentang bab syubhah ini,,kerana ini baru persoalan pertama,,,makanya, utk persoalan kedua dan seterusnya,akan ku update dari semasa ke semasa...

Wednesday, February 17, 2010

hari ni......

hari ni adalah hari terakhir mak cuti...hem,rase xsonok la nak lepaskan kenikmatan ktika mak cuti...aku rasa seronok sgt selama mak cuti ni...salah satunya, masakan mak yang wallllaaahhh!! best, sedap,nikmat....perfect!! sume de....bahagia sgt cuti sem kali nie...w'pun aku yang xbrape chat, ngan batuk yang xlega2...(sbb aku maleh nak pantang masa ada kat umah..haha),tapi cuti ni laa paling d best ever i had...haha..

tapi, bila ingat keje yang manyak xbuat lagi..aduyaii..sabo aje la..ntah esok kot nak wat..atau lusa..tulat..ataupun senang cita,time kat kolej aje la..hehe..

hari ni,16hb, aku n family keluar lagi...sume pakat kluar, kami g jpn (buat ic eaishah yang hilang),g jpj, g tabung haji...n d last place..nak g klinik dr ismail (utk amek ubat aku) tapi klinik tu ramai sgt org...jd trus balik umah,,,

tapi sonok jugak hari ni, aku g kedai toko kat tepi tabung haji,,n cari sumthing yang aku nak cari...pae die? aku cari tasbih..ngan buku doa...alhamdulillah,dgn sumber kewangan yang mencukupi,aku pun beli...beli tasbih, buku doa,wirid n zikir,n beli buku perisai muslim...

tasbih tu aku beli n aku berniat supaya akan bertambah rajin dalam berzikir n memuji keagungan ilahi n Rasulullah SAW serta para sahabat...insyaAllah...selain itu, dgn berzikir akan dapat menyucikan hati yang kotor...hemmm....

yang buku doa, wirid dan zikir pula, aku berniat supaya aku akan berjaya menghafal dan mengamalkan segala suruhanNya,,supaya beroleh kesucian hati, keredhaan n kerahmatan,,insyaAllah...banyak doa serta wirid2 lepas sembahyang wajib dan sunat yang boleh diamalkan supaya iman bertambah mantap..hendakNya,,,(dgn izinNya)..

buku perisai muslim tu cantik balutannya...n aku beli bukan sebab balutannya, tapi aku rasakan sebagai hambaNya yang lemah n jahil ini, perlu bagi aku utk memasang pelindung,,semoga dijauhkan daripada segala godaan yang tidak sepatutnya...amin...



semoga dengan tasbih dan buku berilmu ini akan dapat aku manfaatkan sepanjang hidup dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya,,,,insyaAllah...=)

Tuesday, February 16, 2010

sepupu ku yang sgt3 comey!..hehe

assalamualaikum wbt...hehe...mlm nie dpt jgak aku update cite kat blog ni...smlm,(15hb feb 2010),lps mkn tghhari yang sangat berbaloi2..(masakan mak yg sgt3 sdap),sebelah petang tu dalam pukul 4 ptg, aku, shasha ngan mak abah g balik kampung sg limau..dah lama aku xbalik kg sejak stat sem..huhu,,

em semalam balik sbbnyer nak tgk ahli baru dalam list sepupu aku yg ramai2 tu..hehe..anak makcik miza yang baru lahir 11hb feb...baru 5 hari je dia kat dunia nih..nama c comel tu...MUHAMMAD ADAM SHAZANI B AZRI..comey sgt2...sonok tgk die tdo je...

ms kami sampai kg tu,dah petang,jd beselah baby ni,selagi xsmapi malam,tdo aje kejenyer,,,,hee,,de jugak makcik2 yang dtg melawat baby n mama nyar...

bawah ni de gambo cket nak kongsi kecomelan my new cousin..hehe,,,haa,lagi 1, xlame lagi mak ndak pun akan lahirkan baby lagi..,juz wait for that moment...hehe..




Monday, February 15, 2010

hari ape??hari yang ceria!!!!

assalamualaikum,,,dimulakan dengan syukur ke hadrat ilahi atas kehidupan yang dapat ku teruskan pd hari ini..alhamdulillah...gembira aku pagi nie bila aku bangun pagi,mak abah ada kat umah,hehe...bukan apa,sronok la diorang ada,,sebabnya mak abah cuti lagi hari ni n esok...dapatlah aku makan masakan mak yang sgt sedap..hehe..

pagi ni aku xikut perangai sebelum2 ni..tau ape?tido balik lepas subuh...kwang3...aku bangun, solat subuh, pastu 'tgk' aje mak di dapur masakkan bihun goreng...siap je bihun goreng, aku pun masuk toilet,buat ape yang patut sebelum nak menjamu selera,n makan dgn mak n abah..bertiga ja...na dah ke hospital nyer...

sembang2 ngan mak abah, mak n abah ajak g pasar...wah, dah lama aku xg pasar siang..hehe,aku pun bersiap2 n mengikut la ke pasar...em,pasar still yang mcm dulu..mmg xdak perubahan..(nak ubah apenyer kan..hehe)..aku ikut mak ke tempat beli ayam..em mak nak masak ape tau hari nie..ikan belah belakang (ikan seksi mak kata)~ni idea aku(feberet aku lor), sup ayam kampung, ngan faberet seisi keluarga..laksa!!hehe..

ok2 aku teruskan ikut mak beli ayam..harga terbaru..ayam kampung sekilo RM11+, kalu ayam bandar RM7+...mak beli ayam kampung sekilo++, dalam RM 17++..gambo ayam2 yang terkorban tu aku xsempat snap laa,segan abang tu tgk nti,,hehe..em,pastu teruskan perjalanan ke tempat beli ikan..mak beli ikan utk wat laksa..hemm sedap,ngan ikan termenung utk wat ikan sexy tu...ni gambo aku sempat snap2..hehe..


hehe,,,perjalanan ku teruskan (..chewahh)ke tempat kerin2 plak...beli bahan2 spt garam,...(em ape mak bali td eh)..hehe,aku ralit dok tgk sekeliling pasar tu,,,yang aku tau,snap gambo n tolong pegangkan plastik jer..hehe,tp yang aku tau, mak beli kuah rojak td..wah,nak wat rojak...tu yang sgt bahagia bila mak ada..hehe..

em sedang aku tunggu mak membeli belah tu, aku terhidu bau daging..ooh, bau daging lembu yang dah terkorban...ingat plak hari korban eh..hehe...ni gambonyer......hehe,dah pandai letak gambo,jadi gunakan kelebihan nih..

pastu ternampak plak ade pakcik ni..sian die...die cacat, dah guna bantuan 2 'kaki'..tapi still berdiri,,aku terfikir sejenak, xdak ke bantuan kebajikan daripada mana2 badan yang dpt salurkan pd pakcik ni..hemm..kesian die..plus,anak2 die mana...hem..aku nak bg duit pn, aku 1 sem pn xbwk....ni gambo diue ek..tgk la...sian......

haa tu la...hem, nasib baik mak ada sedekahkan cket duitnyer utk pakcik tu,,,,buat nasihat n pedoman,jaga n peliharalah ibu bapa kita sume,jgn dah tua, kita biarkan diorang hidup melarat,,,,aduyai,,aku doa n harap aku xlupa diri bila dah berjaya..insyaALLAH..

hem lepas tu, aku n my beloves mum pn pegi beli urat laksa, buah2an utk dibuat laksa ptg ni...hehe, sempat jugak aku snap gambar orang jual ikan keli..tu pn ikan feberet jgak,tapi abah dah buat awal lagi lauknyer sehari lepas aku balik umah,,wah, mmg sayang mak abah selamanya!! em, aku pergi pasar malam ni dah la terlupa bwk duit, kalu x,blh beli tasbih,,tasbih ape?tasbih cinta...haha...ni tasbih buat zikir, mungkin kalu ada tasbih, bertambah giat aku berzikir pada yang Maha Esa n buat junjungan Rasulullah SAW..hemm,xpo la..lain kali...

lepas tu ape eh...em dah habis beli, aku n my mum pn cari abah n balik umah...
skang dah smpai umah, abah plak nak proses rumah,,maksudnyer?nak cuci rumah,basuh tingkap..abah kata takut nanti bakal besan @ bakal menantu nak mai,,,hehe,,abah mmg bersemangat utk tu...hhaa...insyaAllah, ada jodoh na, ada laa...mak kata nak langsung hujunh taun ni, bln 12...amin,,xpo la, aku doakan yang terbaik buat na n abang hafiz..hee...

sedang aku berblogging ni, tadi terdengar dentuman orang main yang singa tu la..xabis2 lagi ngan perayaan diorang (raya cina)..hem depan umah cina2 ni diorang xsapu pun serpihan2 mercun...mak kata ada ong,,,hem, apa2 saja kepercayaan diorang,,apa2 pun,terima aja,kita 1 Malaysia kan..hehe...

ape lagi eh,,,haa satgi lepas mak siap masak sume, nak g bagi kat na,,dia tu xlalu mkn mknn kat hospital..hemm,sian dia, dah kurus kakak aku sorang ni,,,hehe..harap2 sihat sokmo la na,,,hehe..

hem, bawah ni aku nak letak gambo cket...hehe..ok la..lepas ni pun nak mandi n INSYAALLAH nak wat sembahyang dhuha...nanti aku masukkan kelebihan sunat dhuha n kelebihan ayat 1000 dinar yang Allah telah beri kelebihan....ok,till then, see you later on....assalamualaikum wbt....=)








~kpd pakcik,makcik,abang,kakak yang termasuk dlm pict yang sy snap ni, maaf la ye..hehe..sy xmntak izin pn nak masukkan dlm blog sy..hehe....mohon maaf beribu ampun...nanti senyum2 la ye kalu sy amek gambo lagi..haha~~

jalan2 cuci mata di........

assalamualaikum....pada mlm raya cina nie, rajin pulak aku nak menaip d sini...walaupun rasa mengantuk, tapi rasa seronok nak menaip di blog ku ini...hehe..em, hari nie sumenyer ade di rumah, w'pun na akan keje dah esk, mak n kaklong cuti 3 hari woo, n wa cuti smpai esok je kot kalu xsalah..em yang syoknyer hari nie, kuar shoping2 ngan family sume..dah lama aku xkuar, lepas dok di sintok slama sebulan lebey, dapat kuar mcm ni ngan family, best sgt,,,

lagi satu, aku dapat beli baju yang aku teringin sangat...walaupun mahal harganya, tapi keteringinan aku utk beli yang dah lama tu, buatkan aku beli jugak...nak tau aku beli apa, aku beli kot..utk dipakai ke kelas atau kalau ada apa2 nanti,mmg gaya korporat habis...hehe..tinggal lagi kena tingkatkan keyakinan semasa presentation ja nanti...lupa plak nak bagitau harga..harga kot tu RM59..tapi ada less 20%, aku kira2 td dapat la harga RM47.20...em bagi aku, xpa la sekali sekala....

bukan apa yang aku bgtau harga nie...xdak rasa nak berlagak ataupun menunjuk dgn harga tu..cuma nak cerita nya..aku sekeluarga tadi b'shopping di jaya jusco di perda...em masuk2 di jusco tu, mmg la agak rambang mata,bkn sebab baju yang byk, tapi less diskaun kat 20-70% tau....banyak la kalu diskaun nyer 50-70%...haha...

tapi kan, yang buat aku jadi agak memilih baju, baju kat situ mahal tau..ini taktik yang diorang(penjual) guna...letak diskaun 50-70%,tapi baju kemeja biasa pun, kat RM49-129++... tak ke agak 'gila' bila tgk baju lepas diskaun kan, still lagi mcm harga baju yang sama dalam RM 23++...aduyaii....mmg orang ramai gler laa td..giler cket kot tgk baju, seluar yang less tu..tp aku agak teliti td dalam pilih baju...ada jugak aku beli baju cardigan yang harga RM10 je...ngan kemeja RM19..haha....

tu pun,pilih kat berjam2 n setelah aku tawaf 1 paras jusco tu..haha....bagi aku, agak puas hati...w'pun akhirnya aku beli kot yang mahal bg aku...haha...tapi xpe, aku puas...tapi best la kalu cuci2 mata kan, atleast tau fesyen terkini,hehe,nanti bleh cari di kedai hari2.....mcm slogannyer...cantik di hati, mudah di hati ek...hehe ape2 la...

malam ni,pukul 11.52, masih kedengaran 'bom'2 kecil yang dicetuskan oleh kaum2 bangsa cina yang menyambut tahun baru cina...di kesempatan ini, aku nak ucap la jugak...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA CINA,GONG XI FA CAI...haha..ok la...aku nak g search sesuatu yang abah bgtau td yakni tokong siam perempuan di bachok..tgk ada ke x..kalu ada maklumatnyer, nanti aku masukkan...hehe...ok,till then...nite...assalamualaikum wbt..

Saturday, February 13, 2010

:: lirik lagu ::

Masa~Kump Nasyid Rabbani~

Masa ibarat nyawa bagi manusia
Mestilah diurus dengan bijaksana
Hargailah masa dengan sebaiknya
Supaya tidak rugi

Renunglah masa yang telah berlalu
Ia tak akan boleh datang kembali
Ambillah iktibar untuk diteladani
Agar terbentuk peribadi yang murni

Isilah masa jangan dipersiakan
Rancanglah dengan teliti dan berkesan
Ilmu dicari luaskan pengalaman
Ibadah dilupa jangan

Perjalanan masa tak menunggu kita
Semakin lama usia bertambah tua
Bertuah kita jika dapat mencapai
Umur dan amalan seiring usia

Masa muda jangan ikut perasaan
Masa tua biasanya serba tak senang
Datang bermacam sakit yang tak diundang
Mulakanlah ibadat dari sekarang

Hidup dibina berlandaskan kebenaran
Semoga pulang dengan hati yang tenang
Masa di dunia hanyalah sementara
Masa di akhirat kekal selamanya

Marilah tunaikan kewajipan kita
Pada Yang Maha Esa

Masa tidak akan merugikan kita
Bila diatur dengan penuh sempurna
Seperti yang dituntut oleh agama
Hidup pastikan sejahtera selama

surah ALI-IMRAN

~tiap yang bernyawa akan mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah yang disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya, dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain, hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya~
~surah Ali Imran3:185

surah al-mukminun

1)sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman.
2)iaitu mereka yang khusyuk dlm solatnya.
3)dan mereka menjauhkan diri dr perbuatan & perkataan yg sia2..
4)dan mereka yg berusaha membersihkan hartanya( dengan menunaikan zakat)
5)dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6)kecuali kepada isterinya @ hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela..
7)kemudian sesiapa yang mengingini selain yang demikian, maka merekalah orang2 yang melampaui batas.
8)dan mereka yang menjaga amanah.
9)dan mereka yang tetap memelihara solatnya.
10)mereka itulah orang2 yang mewarisi,
11)yang akan mewarisi syurga FIRDAUS, mereka kekal di dalamnya...
~SURAH AL-MUKMINUN 23:1-11

adakah bulan feb bulan cinta? oh tidak!!



eh dah masuk bulan februari kan...cepat betul masa berlalu...rasakan baru beberapa hari menjengah tahun 2010...kalau bulan februari ni selalunya dikaitkan dengan apa?em mesti pemuda pemudi ataupun yg seangkatan dengannya seronok eh dengan bulan cinta nie...eh februari bulan cinta ke?huhu....

sebenarnya bagi umat Islam dicintai Allah swt, mn boleh kita raikan hari valentine ni...sebabnya itu hari perayaan dimana memperingati SANTO VALENTINe di negara barat nu...kalau xsalah informasi, 14 feb ni adalah hari kematian santo ni...jadi, orang2 barat nie menggantikan hari kematian santo nie sebagai hari kekasih....jadi sebagai umat Islam, kalau kita meraikan juga hari kekasih, dimana maruah kita sebagai orang Muslim...dimana kita juga menyambut hari kematian santo???astaghfirullah...

janganlah kita menggadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah..yang keseronokan nya hanya sementara..cubalah dibayangkan, hari penyambutan hari kekasih ini akan menambahkan lagi maksiat yang dilakukan oleh manusia...bilalah manusia ingin insaf...dunia semakin menuju hari pengakhiran...~ingatan buat diri sendiri~

jadi, kita sebagai umat Islam kita perlulah bermuhasabah diri dan janganlah disambut hari yang tidak sepatutnya itu...baiklah kita menyambut hari maulidur rasul yang bakal tiba di bulan februari ini juga dengan selawat dan salam kepada junjungan baginda, RASULULLAH SAW...

ingatlah, hidup di akhirat lebih penting berbanding hidup di dunia yang serba semuanya sementara....ku mohon Ya ALLAH, janganlah ku tergoda dengan keindahan dunia yang fana semata2.....amin...

~kembali....kemana??

cuti mid sem dah bermula...aku balik umah awal lagi...hari rabu...hehe...
dah sebulan lebih aku d kolej x balik umah....jadi, cuti mid sem ni aku balik awal cket....cume kls pengurusan kualiti je aku skip...hehe...cuti mid sem ni pn seminggu jer...w'pun cuti kejap je, tp keje yang nak dibuat nyer mak aiii,,,,banyak ooo...aku pn xstat lagi...huhu

cuti ni banyak asgment kna wat....pengurusan strategik yang paling sakit sekali...aku pn xtau nak buat mcm mn...kena analisis annual report then kena selidik dari segi budaya, misi,visi, fungsi jabatan hr, it, bla3....aduyaaiii...

lagi asgmentnyer, pengantar komunikasi...aku dah approve tajuk dgn lect, aku buat komunikasi subordinate-supervisor....asgment kna buat sampai 10-15 page...hem,..baru baca cket...nak buatnyer, xtau bila..haha..

utk pengurusan kualiti pn ada keja, tapi mgkin buat lepas cuti, ngn kwn2...ada jugak q'naire kena bagi pd jabatan it di syarikat swasta/ kerajaan...huhu...tu pn markah jugak...harap sumenyer bjalan lancar..

pendek kata, dalam cuti, lepas cuti akan sibuk cket ngn kijo...huhu...ngan mid sem exm pn dok beratur lepas cuti nie....

ape2 pn, chaiyok2 NURUL AKMAL!!hehe....