Wednesday, June 30, 2010

satellite company...

esok, bermulalah fasa yang seterusnya bagi praktikum aku, iaitu fasa penubuhan perniagaan satellite company....selepas fasa 'mother pe' kami hanya menjalankan perniagaan sedia ada dan kami sebagai pekerja yang bekerja utk syarikat kami iaitu syarikat U-GIFT Trading sdn bhd. manakala utk esok hari ini, kami sendiri (10 ahli kumpulan) akan menubuhkan dan menjalankan sendiri perniagaan yang kami telah bincangkan...

agak sukar bagi aku kerana perniagaan ini akan menentukan samada kita faham atau x flow sesebuah perniagaan. tambah lagi, aku dilantik untuk menguruskan bahagian kewangan bersama seorang lagi rakan..agak risau aku untuk menjalankan tugas, tetapi insyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya...dengan segala ilmu yang ada, aku akan cuba buat yang terbaik...

kami juga perlu membuat presentation setiap minggu dihadapan jurulatih untuk meninjau pencapaian kami selama seminggu menjalankan perniagaan...

hem, apa2 pun, doakan yang terbaik untuk diriku...^_^

Wednesday, June 23, 2010

kakak ku selamat dinikahkan....

alhamdulillah...syukur,,,hanya dengan sekali lafaz, kakak ku sudah dipindah milik kepada abg hafiz....yang dimana sebelum ini berada dibawah jagaan mak dan abah....berdegup jantung ku seketika disaat akad nikah selamat dilafazkan dengan lancar sekali oleh abg iparku di masjid ahad lalu....

walaupun pernikahan hanya diadakan dengan acara yang sederhana, namun meriah aku rasakan ditambah pula dengan cuaca yang amat baik hari tue....seolah2 diredhai hari perkahwinan itu oleh Allah swt...serta mendapat restu ibu dan bapa kedua2 pasangan..alhamdulillah..

terdetik jugak hati ku untuk bernikah ...hehe....tapi, untuk diriku, lambat lagi untuk tiba hari bersejarah itu......hemm...aku juga harapkan bakal pasanganku akan menerima diriku seadanya...serta keluarga ku juga....

untuk hari kenduri, insyaAllah akan diadakan pada 7hb 8 ni....kad jemputan akan saya masukkan di fb nanti....

hari ahad aku lalui dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan....namun, sedih pula aku apabila memikirkan aku terpaksa pulang ke uum untuk menjalani praktikum aku....hhuu..
tapi, xpa la...disebabkan praktikum,aku turutkan segala2nya...

dan alhamdulillah juga, isnin lalu aku tiba di pejabat, tepat pada masanya...syukur, kerana aku tiba seperti yang dirancangkan...cumanya, buku log dan buku nota aku tertinggal di rumah...em...mak pun dah pos pun utk aku...huhu...

skrang ni, aku tunggu waktu makan pukul 12.30...apa2 nti, aku update..kalau sempat..kepada sesapa yang membaca, doakan kebahagiaan kakakku dan suaminya...dan semoga Allah merahmati anda sekalian....

sekian. wasalam.....^_^

Saturday, June 19, 2010

esok...pernikahan na...

esok, tanggal 20hb jun 2010 akan berlangsungnya hari pernikahan kakak ku nur fadhlina bersama pasangannya abg hafiz....

aku doakan na dan abg hafiz akan melayari kehidupan berpasangan yang bahagia hingga ke akhir hayat....

semoga bahagia kakakku..bersama pasanganmu...amin....^_^

Saturday, June 5, 2010

praktikum mood......huhu

dah lama xposting kat cni....banyak benda dah aku alami semasa program jati diri di pangkor...alhamdulillah, dengan segala aktiviti lasak nya yg ada, aku d sini masih dapat berdiri dlm keadaan sihat walafiat..hehe..cuma hati ja xsihat....rindu yg menebal utk balik..huhu...

hari nie dan masuk seminggu aku di uum....dan sudah 3 hari aku praktikum di cedi iaitu praktikum under U-grace...

program praktikum aku nie namanya MY-PEC, kami menjalankan perniagaan secara maya...agak menarik sbb mcm real.....dari pengambilan bekerja, cara bekerja, segala jabatan yg wajib ada dlm sykt pun ada....mmg best, tapi tang gaji tu...pun maya jugak..huhu....

aku bekerja di jabatan delivery, jadi segala produk yang dikeluarkan dan dipessan oleh pelanggan akan diuruskan penghantarannya oleh kami....aku bekerja dengan yana, kami dua orang ja dlm jbtan nie....

esok aku n yana mungkin akan dipilih untuk presentation bahagian kami..agak neves, tapi cakap ja la apa yg aku faham kan..hehe....

suasana bekerja n blaja mmg lain...n penat tu bertambah2..besa la tu....pengalaman yang penting...pakaian ke tempat keja pun kena kemas...esok lagi la..ada pelawat dari my-pec kl nak mai....huhu....apa-apa pun, perubahan cket demi cket perlu dilakukan spy gaya bekerja tu ada..n kna nmpak pro cket...nti bila dh keja betul2, xla keko kan.hehe...

cakap pasal syarikat,aku bekerja dlm syarikat U-GIFT SDN BHD iaitu sykt pemborong yg menjual pelbagai jenis barangan cenderahati...2 minggu ja dlm sykt ni, lps ni kena tubuh sykt sndiri dan perniagaan sendiri plak..hem....aku masuk lab waktu ptg n waktu bekerja agak pack sbb 4 jam ja dlm lab komp...hem....

hari nie plak cuti, n hari ni jugak family bakal menantu dtg buat kira2 untuk perbelanjaan perkahwinn na...nti majlis nikah akan berlangsung 20hb ni...yang menyedihkan, aku xdpt balik...sbb bekerja..huhu...aku kena kuat semangat...huhu..
tapi xpa, bln 12 nti insyaAllah aku ada di rumah..hehe....

aku rasa smpai dicini dulu celoteh aku...banyak benda nak crita, tapi nanti ada masa, aku crita lagi.....

wasalam...