Saturday, November 13, 2010

masuk kerja isnin nti...

assalamualaikum...syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernyawa pada hari ini..dan semoga dgn nafas yg sempurna dan tubuh badan yg sihat ini akan memberikan kesejahtraan dan manfaat kpd seluruh manusia lain....insyaAllah..

alhamdulillah..interview yg ku hadiri sebelum ini telah kutempuhi dgn penuh keyakinan w'pun pda mulanya agak gementar...keputusannya juga telah ku ketahui selepas 2 hari interview,...jawapannya.....

......anda telah diterima bekerja di syarikat kami...dan boleh memulakan tugas pada isnin (15hb 11,2010) pada jam 8.30 am.....

alhamdulillah..syukur dgn rezeki kerja yg diberikan olehNya.....

jawatan yg diberikan ialah QC iaitu quality control....dan menurut kata 'kak interviewer' tu.....aku perlu mmbantunya dan byk kerja yg kna buat...masuk lab, supervise pekerja, doc n filing, product inspector dll....huhu....kecut perut den nih...!!

JADINYER.....persiapan mental dan fizikal perlu dilakukan untuk menerjah ke alam baru ini supaya segala dugaan dan ranjau yang datang dpt dilalui dgn tenang dan tiada mslah besar berlaku....

hem...namun ku risau jgk dgn kerja ni...takut2 ku xdpt lakukan dgn tbaik...tapi, segala2nya perlu ditempuhi jgk...kerana..

~> kalau nak berjaya, perlu lah tempuh sgala onak dan duri kehidupan.....

SO,,,,, disebabkan hidup yg perlu diteruskan....aku perlu bekerja dgn sehabis baik....^_^

last but not least.....doakan ku supaya dpt memulakan kerja ini dgn baik n smoga hari2 seterusnya di syarikat ini akan dpt mngajarku pengalaman yg berharga,,,,^_^

Monday, November 8, 2010

interview hari ini....

assalamualaikum....hari nie hari isnin...jam sudah menunjukkan pukul 8.35am...aku dgn selambanya masih lg boleh membuka lembaran fb dan mmbaca berita utusan di web...hhee...bersediakah aku nak tempuh interview hari ni....hem...

kecut perut jugak aku...tapi, nie interview kali ke-3 bagi syarikat yg sama yg pernah aku g sebulan lps...aku xpasti smada hari nie interview utk msuk bkerja ataupun apa...hem...apa2 pun, aku harap akn dpt kerja la...amin...




hari khamis minggu lepas aku barulaa dapat balik ke rumah setelah kwsan jitra, dan a.star mengalami banjir teruk selepas 5 tahun sebelum ni...huhu....kami warga uum ibarat 'terkandas' akibat banjir di laluan utama lebuh raya utara slatan...huhu...

mmg hati nie risau dan meronta-ronta nak balik ke rumah stelah program bisnes competition habis isnin lalu..huhu..tp dsebabkan jalan ditutup, kami xdpt balik ke rumah masing-masing...

alhamdulillah kamis tu aku n yaa dpt balik jgak ke rumah....lega2..yg tu pun, kami mengambil masa kira2 2 jam dlm teksi utk ke a.star..mana xnya..p.cik tu lalu ikut k.kedah tu....huhu....mmg 'adventure' btul pengembaraan di dlm teksi hari tu....laluan jalan yg kami lalu dikelilingi 'lautan banjir' w'pun sepatutnya dikelilingi sawah padi...huhu...

apa2pun, thanks a lot to p.cik teksi tu krna sudi jgk bwk kami ber-4 ke shahab....huhu...kawasan a.star pun masih dikelilingi air...ni di antara gambar yg sempat di snap2 oleh aku smasa di dlm teksi...hee....







Sunday, October 24, 2010

aku ibarat mangsa di antara harimau dan buaya....

alhamdulillah...itulahungkapan pertama yang aku luahkan saat aku mendengar kata-kata dari penyelia yang confidential letter dari majikan dah sampai....aku lega sangat2 bila surat tu dah sampai...

hari ni adalah hari yang aku kena hantar report n segala attendance ngan confidential letter kat penyelia...pagi2 td lagi aku dh p uil utk cek samada surat tu dh smpai ka blum....kesian kat sekretariat yg tpaksa mencari beberapa kali utk memastikan yg surat tu betul2 xdak....huhu....

memang xtenang aku td masa dpt tau yg surat tu xsmpai lg...huhu...maknanya masalah aku ni xsettle lg...aku ni diibaratkan mcm mangsa antara buaya ngn harimau....aku tpaksa bhadapan dgn majikan yg sgt tegas, n mgkin pemarah....n penyelia pun sorg yg tegas...huuhu....takut gak aku mcm mna nak bgtau yg surat tu xsmpai lg...plak majikan aku kat trengganu....slasa plak boleh fax....bingung2!!!

aku redha dgn segala dugaan yg diberikan ni....mungkin ada hikmah disebaliknya...masa jumpa penyelia td, mukanya xnmpak mcm nak marah....aku pun beranikan diri cakap yg surat tu xsmpai lg....dia respon elok ja...xmarah...hatiku lega....dia ckap hari rabu ni last day utk hntar....aku kesal la jugak, knapa la fax xbleh sampai...mcm2 aku pk...

then aku n yaa pun g lego..nak mkn2...tiba2 pnyelia akmal tepon n kata surat tu dh smpai.....alhamdulillah...sonoknya aku....mcm nak lompat2 ja...akhirnya selesai jugak msalah yg dtg kat aku ni....aku hrp lps ni msalah ni xtimbul2 lg....huhu...mungkin bg pengajaran jugak kat aku...huhu....

em pengajarannya,,kita mstilah sentiasa ingat yg setiap dugaan yg Allah berikan kat hambaNya, adalah kerana Dia nak tgk kita nie boleh tahan atau sabar menghadapinya...nak tgk la kt nie bdoa ka xngn Dia....InsyaAllah kalau kita sentiasa bertawakal kpdNya, kt akan diberikan jalan penyelesaian atas mslah yg kt hadapi....

::Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.(surah al-Anfal~028)

Saturday, October 23, 2010

nak cerita ni....

Assalamualaikum....

lamanya xmenaip di blog nie...mana xnya, akmal bz dgn praktikum n keja-keja yg perlu dbuat...kalau nak post kat blog ni, msti kena dgn moodnya...barulah ada idea nak tulis, kann...hee...

em...skrang akmal dh abis fasa-fasa praktikal...semuanya akmal dh lalui..di antara ke empat-empat fasa yang akmal buat, fasa ke-3 la yg paling menduga akmal...yer la..time tu akmal berpraktikal di IKS..jadi, bila kat IKS ni, mcm2 la karenah nya...dgn majikannya...n tekanan keja kat ctu...dugaannya smpai ke hari nie xabis2....tapi akmal harap sgt dugaan ini akan berakhir,..amin..

fasa ke-empat yg baru abis ni fasa pemurnian n pembentangan rp...kami tgl kat uum slama 2 minggu.. hari2 hari kami dipenuhi dgn taklimat drp bankers2 dari TEKUN, MARA, SME BANK..dan lain2...diorg bagi taklimat kpd kami yg nak bkak bsnes lpas ni...jd kmi ada laa pengetahuan cket ttg pembiayaan yg diorg bg...

report akmal plak dh dijilid..n satg baru nak p amek...esok kna hantar kat penyelia..hem harap2 dia terima dgn hati yg nak bg A kat kami..amin...hehe...

perancangan aku lepas ni...aku xmau lg bukak bisnes...tp aku nak smbung blaja ke peringkat master...semangat bkobar2 sgt lps dgr kak senoir crita..mana xnya,,skang ni buat master pun staun ja...setaun ada 3 sem...fuh...bayangkan dlm usia 23 atau 24, aku dh ada master...bleh trus apply jd lect...heee....sonok kan...tp skang aku short kat duit ja...tapi aku akan dptkan juga duit kat celah2 lobang utk aku smbung jgk master...yang tu pun kalau Allah izinkan...dan akmal harap segala yang akmal rancangkan, akan menjadi kenyataan....semua ni pun utk kesenangn akmal n keluarga akmal,,,

jadi,,,tu ja la stakat ni...nti ada apa2 yg penting, akmal roger2 lagi..kalau nak lebih updated, singgah2 la kat fb akmal yer....chewaah..yg tu pun kalau ada peminat la kan...hehe...n 1 lagi, doa2kan la akmal yer spy akmal dpt smbung blaja...akmal juga bdoa spy korg2 suma akan berjaya dlm hidup msing2..amin...

smpai cni dlu....assalamualaikum w.b.t...^_^

Friday, September 3, 2010

iluvislam...renungkan...

" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

"bukan sukar menjadi seorg manusia...tetapi utk menjadi seorg hambaNya yang beriman memerlukan usaha, doa dan tawakal....semoga di bulan ini dan bulan yg seterusnya, kt akan menjdi seorg hambaNya yang beriman dan bertakwa"...amin

‎"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

Saturday, July 17, 2010

sama-sama fikirkan.....

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan. "

Wednesday, June 30, 2010

satellite company...

esok, bermulalah fasa yang seterusnya bagi praktikum aku, iaitu fasa penubuhan perniagaan satellite company....selepas fasa 'mother pe' kami hanya menjalankan perniagaan sedia ada dan kami sebagai pekerja yang bekerja utk syarikat kami iaitu syarikat U-GIFT Trading sdn bhd. manakala utk esok hari ini, kami sendiri (10 ahli kumpulan) akan menubuhkan dan menjalankan sendiri perniagaan yang kami telah bincangkan...

agak sukar bagi aku kerana perniagaan ini akan menentukan samada kita faham atau x flow sesebuah perniagaan. tambah lagi, aku dilantik untuk menguruskan bahagian kewangan bersama seorang lagi rakan..agak risau aku untuk menjalankan tugas, tetapi insyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya...dengan segala ilmu yang ada, aku akan cuba buat yang terbaik...

kami juga perlu membuat presentation setiap minggu dihadapan jurulatih untuk meninjau pencapaian kami selama seminggu menjalankan perniagaan...

hem, apa2 pun, doakan yang terbaik untuk diriku...^_^

Wednesday, June 23, 2010

kakak ku selamat dinikahkan....

alhamdulillah...syukur,,,hanya dengan sekali lafaz, kakak ku sudah dipindah milik kepada abg hafiz....yang dimana sebelum ini berada dibawah jagaan mak dan abah....berdegup jantung ku seketika disaat akad nikah selamat dilafazkan dengan lancar sekali oleh abg iparku di masjid ahad lalu....

walaupun pernikahan hanya diadakan dengan acara yang sederhana, namun meriah aku rasakan ditambah pula dengan cuaca yang amat baik hari tue....seolah2 diredhai hari perkahwinan itu oleh Allah swt...serta mendapat restu ibu dan bapa kedua2 pasangan..alhamdulillah..

terdetik jugak hati ku untuk bernikah ...hehe....tapi, untuk diriku, lambat lagi untuk tiba hari bersejarah itu......hemm...aku juga harapkan bakal pasanganku akan menerima diriku seadanya...serta keluarga ku juga....

untuk hari kenduri, insyaAllah akan diadakan pada 7hb 8 ni....kad jemputan akan saya masukkan di fb nanti....

hari ahad aku lalui dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan....namun, sedih pula aku apabila memikirkan aku terpaksa pulang ke uum untuk menjalani praktikum aku....hhuu..
tapi, xpa la...disebabkan praktikum,aku turutkan segala2nya...

dan alhamdulillah juga, isnin lalu aku tiba di pejabat, tepat pada masanya...syukur, kerana aku tiba seperti yang dirancangkan...cumanya, buku log dan buku nota aku tertinggal di rumah...em...mak pun dah pos pun utk aku...huhu...

skrang ni, aku tunggu waktu makan pukul 12.30...apa2 nti, aku update..kalau sempat..kepada sesapa yang membaca, doakan kebahagiaan kakakku dan suaminya...dan semoga Allah merahmati anda sekalian....

sekian. wasalam.....^_^

Saturday, June 19, 2010

esok...pernikahan na...

esok, tanggal 20hb jun 2010 akan berlangsungnya hari pernikahan kakak ku nur fadhlina bersama pasangannya abg hafiz....

aku doakan na dan abg hafiz akan melayari kehidupan berpasangan yang bahagia hingga ke akhir hayat....

semoga bahagia kakakku..bersama pasanganmu...amin....^_^

Saturday, June 5, 2010

praktikum mood......huhu

dah lama xposting kat cni....banyak benda dah aku alami semasa program jati diri di pangkor...alhamdulillah, dengan segala aktiviti lasak nya yg ada, aku d sini masih dapat berdiri dlm keadaan sihat walafiat..hehe..cuma hati ja xsihat....rindu yg menebal utk balik..huhu...

hari nie dan masuk seminggu aku di uum....dan sudah 3 hari aku praktikum di cedi iaitu praktikum under U-grace...

program praktikum aku nie namanya MY-PEC, kami menjalankan perniagaan secara maya...agak menarik sbb mcm real.....dari pengambilan bekerja, cara bekerja, segala jabatan yg wajib ada dlm sykt pun ada....mmg best, tapi tang gaji tu...pun maya jugak..huhu....

aku bekerja di jabatan delivery, jadi segala produk yang dikeluarkan dan dipessan oleh pelanggan akan diuruskan penghantarannya oleh kami....aku bekerja dengan yana, kami dua orang ja dlm jbtan nie....

esok aku n yana mungkin akan dipilih untuk presentation bahagian kami..agak neves, tapi cakap ja la apa yg aku faham kan..hehe....

suasana bekerja n blaja mmg lain...n penat tu bertambah2..besa la tu....pengalaman yang penting...pakaian ke tempat keja pun kena kemas...esok lagi la..ada pelawat dari my-pec kl nak mai....huhu....apa-apa pun, perubahan cket demi cket perlu dilakukan spy gaya bekerja tu ada..n kna nmpak pro cket...nti bila dh keja betul2, xla keko kan.hehe...

cakap pasal syarikat,aku bekerja dlm syarikat U-GIFT SDN BHD iaitu sykt pemborong yg menjual pelbagai jenis barangan cenderahati...2 minggu ja dlm sykt ni, lps ni kena tubuh sykt sndiri dan perniagaan sendiri plak..hem....aku masuk lab waktu ptg n waktu bekerja agak pack sbb 4 jam ja dlm lab komp...hem....

hari nie plak cuti, n hari ni jugak family bakal menantu dtg buat kira2 untuk perbelanjaan perkahwinn na...nti majlis nikah akan berlangsung 20hb ni...yang menyedihkan, aku xdpt balik...sbb bekerja..huhu...aku kena kuat semangat...huhu..
tapi xpa, bln 12 nti insyaAllah aku ada di rumah..hehe....

aku rasa smpai dicini dulu celoteh aku...banyak benda nak crita, tapi nanti ada masa, aku crita lagi.....

wasalam...

Thursday, May 6, 2010

mood hari nie: gembira teramat, dan sedih teramat...

assalamualaikum.....dah lama sgt aku xposting kat blog ni..dsebabkan exam, aku tinggalkan dlu posting2 blog ni..tp hari ini, d saat ini, aku sgt gembira krn segala exam aku dh habis,..n yang paling penting, degree aku d uum dh sampai ke penghujungnya...

merdeka!!! lepas je titik noktah aku utk paper exam hari nie, aku menjerit sekuat2 nya dlm dewan exam...tapi dlm hati ja..hehe....bersyukur aku, setelah 3 tahun d cni, suka duka aku tempuhi pembelajaran dan peperiksaan d cni, akhirnya...tamat jua...tinggal lagi praktikum ja yg perlu dpenuhi..

tadi, tepat jam 10 pagi 35 minit 59 saat, aku keluar dari dewan exam stelah hanya mengambil masa 1 jam stgh jawab paper pengantar comm...alhamdulillah, paper td aku bleh jwb..syukur YA ALLAH..

kuar je dewan, aku, yaa, n ferus sengeh2 d luar dewan..kami snap2 buat kali t'akhir bsama d uum nie...n petang td pun sengeh2 ngan yati n yaa d petro...tadi yati dah bertolak ke johor,,,sdey...lepas nie susah dh nak jumpa..tapi dsebabkan aku praktikum d uum 2 bulan, insyaAllah akan aku usahakan jugak utk jumpa kamu wahai yati ku syg...

ptg td jugak dlm pukul 3 abah sampai d uum,,,amek2 barang aku suma..mmg hari nie lepas mkn tgh hari td, bermandi peluh sbb dok keja angkat barang ke bwh...lagipun td g anta brg ke muamalat...utk psiapan kami d uum bulan 6 dan 7 nti..

abah kejap je dtg td ngan aishah n shasha...aku rasa sedih sgt nak tggalkan abah n adik2...aku nak balik umah, tapi apakan daya....tunggu laa abiskan praktikum dlu...huhu..

agak sebak tgk keta abah kuar dri kolej,,,aku menitiskan air mata.......smpai skang pun, masih terasa kesedihan...hem...

aku hanya dapat balik umah raya nti..tapi, aku harap praktikum di iks nanti dpt d kulim..senang aku kalu berulang alik dri kulim...

aku sebenarnya akan jalani praktikum 2 bulan d uum, dan 2 bulan d iks...sebelum praktikum, aku akan mnjalani program jati dri d pangkor slama 3 minggu..esok aku akn bertolak ke pangkor bersama 100 org pelajar praktikum ugrace..

em,,aku perlu menguatkan diri ku luar dan dalam bg menghadapi program d pangkor...huhu..adakah aku akn kuat??huhu...aku hanya mampu berserah...biar aku xkuat dr segi fizikal, tapi aku harap kuat dr segi mental dan semangat ku....

tadi pun abah telepon diorang dah smpai umah...abah tanya, adik ok ka...em...adik tpaksa ok abah,,,,ni jalan yang adik dah pilih..adik harap abah akan doakan supaya adik kuat menghadapi dugaan yg lebih mncabar...

baiklah...smpai di sini dahulu posting ku buat kali nie..mungkin lambat lg plak aku akan update...xtau mcm mn kehidupan di pangkor nti...

apa2 pun, doakan akmal n peserta ugrace supaya dpt menamatkan praktikum dgn cemerlang, gemilang dan terbilang..amin....wasalam...

Saturday, April 24, 2010

Thursday, April 15, 2010

hari ini...stadi..

hari ini..aku teruskan perjuanganku untuk menghadapi peperiksaan yg xlama lagi...hati berdebar2...masih byk yg perlu di cover...huhu..tensen semakin bertambah...huhu

apa2 pun, aku harap yg terbaik untuk ku, dan rakan2 seperjuangan..amin...

blog ini mungkin diupdate jarang2 krn kesibukan ku dan ketensenan ku...huhu...

last but not least, thanks 4 visiting my ordinary blog....doakan akan kebaikan ku dan sekalian umat..amin....(^^,)

Tuesday, April 13, 2010

hari ni...taklimat praktikal...

pagi tadi aku bersiap2 ke dkg 2/1 utk menghadiri taklimat praktikal...aku masuk agak lmabt sbb pg td bgun lewat..huhu....tu pun DR OOI selaku pensyarah utk pelajar praktikal bg COB dah marah2 sebab masuk lambat..huhu....

segala perkara ttg praktikal telah diketahui, tinggal lg kna download borang2 di webpage uil...hemm, xsabo plak rasa nak praktikal..hehe...

ok la..juz nak bgtau tu...till then, see u later on d next posting...(^^,)
~wasalam....

Sunday, April 11, 2010

alhamdulillah...selamat sampai..






alhamdulillah....semalam (11hb 4), tepat pukul 12.30 tgh mlm, rombongan aku, rumet dan rakan2 seperjuangan ugrace selamat tiba di kolej, setelah 8 jam lebih dlm perjalanan dr bangi pada pukul 3 ptg (lebih kurg)..

kami sempat singgah d perhentian bukit gantang utk menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak dan qasar...ramai betul org ketika tu..sehinggakan aku solat di celah2 shja...tp xpa, asalkan tertunai yang wajib itu..

imbau kembali perjalanan pergi kami ke bangi pada 9hb lalu...aku brasa sungguh seronok krn akan ke bangi, bukan apa..setelah bhempas pulas dgn assignment dan midsem, rombongan nie la sbg madunya...bukan senang nak ke sana dgn dibiayai oleh program UGRACE ni...hehe

sepanjang perjalanan, kerja aku dlm bas melihat keindahan bukit bukau, gunung ganang sepanjang jalan negeri perak....tfikir aku, sungguh berkuasa ciptaan Ilahi...dan sungguh luas ilmu Nya,,,masyaAllah...mnkala tdo aku hnya beberapa mnit shja dlm bas..hehe




aku dan rumet bertuah sbb kmi menaiki bas uum yang baru...berbanding 2 bas yg lain agak 'veteran'..malah kelajuannya mengkagumkan..sronok jugak pakcik driver potong memotong bas uum yg lain..dan bangga apabila bas uum di highway...tp alhamdulillah, laju pun, kami selamat tiba di ukm pada pkul 5.45 ptg..

di ukm pula, kmi ditempatkan di kolej pendeta za'ba, di mana kolej tu nun jauh di hujung ukm....aku ingatkan dtempatkan di kolej ibu zain..kalau x, blh la jumpa kwn2 ku di ctu...smpai je, kmi dberi kunci bilik bersama cadar dan sarung bantal, dan masuklah kami ke dlm blik yg menempatkan 2 pelajar...aku dan rumet ku laa...besar jugak bilik diorang..facilities diorang ok...




berbalik mengenai ukm ni,,mngikut pemerhatian aku, landskapnya cantik, tp susunan bangunan agak bterabur...kolej dan fakulti bercampur..xseperti uum, kolej di 1 bahagian, fakulti di 1 bahagian...tp overall, ukm best, luas jugak,cantik, xpuas nak round ukm, dgn kesempitan masa dan xtau jalan, mlm kmi sampai tu, kmi xkluar..hanya tdo sja di bilik..lgpun penat berjam2 di dlm bas tu...hem...aku tdo pkul 10 mlm tu..hehe..manakala bangun pd pkul 5.45 pg keesokannya...huhu..mmg xpcaya..bayangkan pukul 6 pg, aku dh siap mandi..haha..ini semuanya sbb ugrace...hoho

bersiap2 pg tu, pkul 7.15 aku g mkn pg..dgn hidangan nasik lemak dgn teh tarik..mkn agak kelam kabut, sbb diorang nak cpt..utk ke hotel equatorial plak..hotel tu xjauh, dekat ja..dlm bpa minit, dh smpai...

smua student amik tempat.. dan majlis bmula..dgn kehadiran timbalan kpt, datuk shaifudin, datuk nordin kardi selaku nc, dan segala vip yg memeriahkan majlis..turut hadir, wartawan dr stesen tv n newspapers...hem...best2..





selesai majlis perasmian, program seterusnya ialah ceramah drp ahli pern syarikat halagel dgn noraini's cookies...dpt la sdikit sbyk maklumat yg berinformatif drp para usahawan yg dijemput tu,,,

habis je ceramah, kami ke dwn mkn n mkn,....mknn sedap2...tp xckup perut aku nak tampung semua...amek yg termampu jer..hehe...

lepas mkn, sengeh2 dpn kamera..hehe...k'dian tunggu bas dan balik ke ukm...agak rushing time tu sbbnya kmi kna bsiap2 utk balik ke kdh...huhu....apa2 pun,ttp best..xsabar palk rsnya utk ke pangkor pd 8hb Mei nti..hehe...




p/s:maaf update berita lambat...busy dgn bnda len..+ stadi utk final...(^^,)

Friday, April 9, 2010

esok ke ukm bangi...semoga selamat pergi dan balik..^_^

assalamualaikum...
juz nak posting kat cni kali t'akhir sblum aku dan rakan2 yang lain ke ukm esok pagi bagi menghadiri program perasmian ugrace di hotel equatorial di kl pd sabtu nie..

harap2 perjalanan pergi dan pulang kami selamat hendaknya..agak seronok rsanya, sbb nak bjalan2 ke sana...dh lama xkuar...hehe..

td pun aku dan kwn2 ke solat hajat di masjid...aku berdoa supaya diberi kemudahan bg menjawab peperiksaan buat rakan2 dan sahabat2 di uum yg akan bermula dari 17hb april sehingga 6hb mei...amin..

apa2 pun, aku akan update selepas program ni nti...jumpa lg..tata...wasalam..=)

Wednesday, April 7, 2010

alhamdulillah...segalanya sudah selesai..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


alhamdulillah....akhirnya berakhir sudah 'penderitaan' ku mmbuat segala assignment yang berlambak2 sepanjang bulan 3...semalam, tanggal 6hb april, pkul 4.15 lebih kurang, aku dan rumet hantar pun group assignment pengantar kom..ni antara assignment terakhir yg aku hntar sepanjang sem akhir ku di uum...lega....itu lah perkataan ptama slepas assignment d print dan dihantar,,,alhamdulillah...semoga markah yg diperoleh juga memberansangkan dan dpt mmbntu mrkah final nnti....

kini, hanya tinggal persediaan buat peperiksaan yang akan menjengah pd 18hb april iaitu paper seminar...yang lain2 pada hri 21hb (strategic mgt), 29hb (quality mgt), 3hb mei (keusahawanan) dan paper terakhir bln mei 6hb iaitu pengantar komunikasi...

apa yg aku harapkan semoga aku dan rakan2 seperjuangan di uum ini bersedia dgn ilmu yang secukupnya dan dpt menjawab peperiksaan dgn tenang...semoga juga segala kesulitan yg timbul dpt diselesaikan sebelum peperiksaan..amin..

aku juga berdoa supaya sem akhir aku dan rakan2 lain dpt dihabiskan dengan sempurna,...tanpa ada sebarang pengulangan subjek yang amatlah dielakkan..amin..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

~semoga kejayaan menjadi milik kita...amin...~

Saturday, April 3, 2010

permata yg dicari...



Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wanita....

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


~seindah hiasan adalah wanita solehah....~~

Thursday, April 1, 2010

berubahlah...wahai insan...(ingatan buat diri)



(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! ~Al-Hasyr ayat 016:059)

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu adalah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jangalah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. ~Ali-Imran ayat 175)

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah.
~Al-A'raf ayat 30)

presentation yg xmnjadi.....huhu

sedey btul aku n grup keusahawann yg tpaksa mmbntangkan slide guna ohp ja...huhu...mgkin mmg takdir kump kmi kot bila komputer problem, internet problem...lect hangin...huhu...mcm2 yg tjadi..

bila d ingtkan balik,sedey sgt...frust...marah, geram xyah ckap la..huhu..tp apa blh buat, kt hnya mmpu merancang, Dia yg tentukannya...aku redha..tp, lps present tu, kmi jumpa blik lect n mtk maaf..so far, rp yg kmi buat ok..cuma kna tmbh cket lg ja...hemm..

ni laa gmbo kmi yg dpt di 'snap' sblum stat present n lps present...






ini perniagaan dadih yg kmi jlnkan...sdap tau...hehe,,ni yg kali t'akhir kmi buat utk diagihkan kpd sume studnt dlm kls..xpe la...yg xbaik tu...brnti d cni aje...=)



konvo 2010~contnue..

ramai betul org tkgap gambo....sonok tgk..xsabo plak rs nak konvo..heee..



mkn2 n jln2 dlm c-mart...heee





mlm yg agak sunyi n menyeramkan,...huhu..ms ni kmi hbis exam kualiti...huhu


detik2 cemas..

tkejut aku bila aku tdengar bunyi letupan pesawat yg terhempas di uum baru2 ni...hri tu aku bersiap2 utk pulang ke rumah...kejadian berlaku di hutan simpan di dlm uum nie sndri...hem, apa2 pun, takziah buat keluarga beliau...T_T

ni videonyer yg smpat ku attachkan di cni..

Monday, March 29, 2010

konvo 2010...~_^





sronok meraikan kakak2 n abg2 yg dtg konvo pd tahun nie...ramai btul org di uum dlm 2 ke 3 hri sepnjang blangsungnya majlis konvokesyen ke 23 tahun ini...terlebih dulu,aku ucapkan tahniah buat kakak2 n abg2 yg ambik skrol...dan berjaya menamatkan pengajian sepanjang pembelajaran di uum terindah nie...hehe...tahun nie, ilia ibrahim a.k.a nyah dan xlupa juga kpd isteri abg adi yg juga dtg utk mengmbil skrol....mcm biasa aku sempat snap2 gmba sepnjang 'kesibukan' kami yg jua mnyambutnya...hehe...

nti ada ms aku akn upgrade lagi crita sepnjang hr konvo ni..skang xsampat,sbb aku n yaa nk ke ekspo konvo yg akn berakhir mlm ni...hehe, tata,,,wasalam...


Friday, March 26, 2010

good presentation....^_^




hari selasa lalu aku dan rakan-rakan kumpulan strategic mgt mempersembahkan analisis syarikat TANCO holdings berhad...sepanjang proses menyiapkan assignment ini bgaikan satu beban yg sgt besar buat aku dan rakan2 lain...

mana xnya,bukan sja kena analisis syarikat nie dgn annual report..malah, kami perlu menganalisis persekitaran luaran dan dalaman syarikat nie...bukan senang tu....hem..aku ingt lagi..aku blh gelak kat rumetku, yaa bila dia nak bukak annual report tu..huh, bukan apa...bg aku, kalu bukak annual report tu..rasanya mcm seram semcm ja..huhu, takut pun ada, mcm2 rasa...

bahagian aku, yaa n ferus buat persekitaran dalaman, mnkala bahagian lina, n ika buat persekitaran luaran....dua2 bukannya senang,perlukan masa yg lama dan kerahan otak yang amat kuat utk buat tu,,,nasib baik laa lect kmi, madam khaw yew bin xtetapkan bape page..huhu, mcm lect yati, smpai 100 pages nak tau....huhu...

em,,hari demi hari, assignment aku semakin meningkat page nyer..aku buat bahagian kewangan, nilai dan cket mengenai pemasaran...tapi, part strategi aku mmg lemah...tp agak nmpak 'cahaya' bila kami bjumpa suma n buat brainstorm...

detik2 nak hntar assignmnt tu,,aduss...lewat kmi tdo..kat pkul 4 lebih jugak..huhu,dgn tows, n nak cdgkan strategi...huhu,mmg aku xreti...tp aku cuba jugak...

alhamdulillah, dgn kepayahan kami, akhirnya kami berjaya hntar..yg tu pun kan, lgi stgh jam nak pkul 4, br dpt masukkn assignment bwh pintu madam..huhu, agak tragis kan...

dlm persiapan utk buat slide pn bukan senang...kmi risau kalau2 ksilapan kmi akn dkritik oleh madam..krn dia dh set utk 10 mnit present, 12-15 mnit utk Q & A..huhu..aku n yaa di reserved kan utk jwn soalan..mn xketaq kan..sehari sblm kami present, smpat kmi bjumpa madam utk mntak pndapat n bntuan dr dia, tp dia kata present ja apa yg kamu dh buat,huhu, xleh kata apa la kan, tp ada jugak soalan2 yg dia tnya ms jumpa tu yg buatkan kami tau apa yg nak letak dlm slide..akhirnya, mlm isnin tu aku bjaya siapakn slide utp present esk hrnyer..

turn present kmi no 5...berdetup-detap jntung aku ni tggu kump len present..at last...our group...haha...'welcome to tanco'....menyapa ahli2 kump lain...dgn berpakaian purple oleh kami semua...lect tersenyum melihat kump kami...aku yg mnjaga slide, terketaq2 tgn mnntikan soalan2 yg bakal 'ditembak' kpd kmi..huhu...

habis jer presnt, sesi soal jwb..huhu...soaln ptama aku yg jwb...ade la slh cket kan, sbb ape, sbb ketaq laa..huhu....tp nasib bek jugak, keslhn aku tu dperbetulkan oleh madam dgn nada yg lmbut...soalan kedua yaa jwb...huhu..

abis je sesi Q & A..madam puji...'good presentation..all d info u put in d slide..'wah...berbunga2 hati aku nie n group member yg len...lps tu, dok tgkap g,bo aje laa kami..dh xdgr dh kump len present...haha....alhamdulillah, syukur, assgmnet killer, lect 'killer' dh lepas...cumanya kna pbetulkan keslhn dlm tows tu...xpa tu..cket ja...hehe....

last but not least, alhamdulillah..segala2nya bjln dgn lancar....syukur2....ape2 pun, usaha sungguh2 dlm exam nti....pling tggi aku hrp pun B+ je kot..takut aku nak expect byk2...hehe...







Thursday, March 25, 2010

balik umah...hehe

pada saat dan ketika ini, aku baru siapkan assignment quality...alhamdulillah br dpt siapkan...semuanya 22 pages...heee

hari ini juga aku akn pulang ke kg...semoga perjalanan pulangku selamat..amin...=)

cerita selanjutnya akn akmal update di rumah nanti ya..hee...

Saturday, March 20, 2010

aurat,,,,,,,,,aduhai...

hem...tahukah anda maksud aurat? aurat itu mengikut kefahamanku, perkara yang wajib ditutup...menurut pembacaanku pula, Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

from english sides, its means; Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)

Dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)

dalam al Quran juga turut menyebut...

~Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya...(surah AN NUR:031)

~ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)..(SURAH AL A'RAF:026)



aku tahu, tidak layak bg aku utk posting segala ttg aurat nie, sedangkan diri ini belum sempurna dlm menjaganya...tetapi, hanya utk berpesan2 pd dri terutamanya..maafkan diriku andai ada yang terasa...hanya utk mngingati diri ini yang daif....T_T


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini