Thursday, April 1, 2010

berubahlah...wahai insan...(ingatan buat diri)



(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! ~Al-Hasyr ayat 016:059)

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu adalah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jangalah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. ~Ali-Imran ayat 175)

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah.
~Al-A'raf ayat 30)

No comments:

Post a Comment