Friday, February 19, 2010

bab syubhah...continue..

persoalan kedua yang dipersoalkan di dalam bab syubhah nie, ada sesetengah masyarakat yang bekerja di syarikat yang menjual...ataupun berurusan dgn benda haram nie..mcm mn plak tu,,,hem..

terdapat hadis nabi SAW yang berbunyi...'akan datang atas manusia satu zaman di mana manusia tidak peduli apa yang dia ambil adakah halal atau haram...'

ini bermaksud, ada orang yang tidak mengendahkan kegiatan perniagaan syarikat tersebut yang menjalankan kegiatan haram tersebut,yang dia tahu, hanya bekerja shj,,,tetapi,perlu difahami sekiranya adanya kegiatan menjual arak, orang yang terlibat dengannya adalah turut berdosa...dalam riwayat tirmizi, Anas b Malik r.a berkata, Nabi saw melaknat 10 golongan berkaitan arak, antaranya ialah peminumnya,penjualnya,pembeli, dan pembawanya. membeli arak tetapi xminum dan menjual arak tp x minum juga adalah dilaknat...

jadi, sama2 lah kita menjaga persekitaran (tempat kerja kita) supaya kita tidak tergolong dalam golongan hamba yang dilaknat,,,,nauzubillahi min zalik...

persoalan yang kedua pula berkenaan dengan daging yang dijual di pasar dsb, di sembelih atau tidak?...sekiranya daging itu dijual oleh seorang muslim, tidak perlu ada rasa kesangsian terhadap daging yang dijual, kerana sudah tentu daging tersebut dibekalkan oleh pembekal yang muslim juga atau dgn kata lain disembelih dgn cara Islam..



lain pula sekiranya daging itu dijual oleh orang bukan muslim,maka lebih afdal dielakkan daripada membeli daging daripadanya....

lain keadaan pula sekiranya daging itu dihadiahkan oleh seseorang, perlu sangsi atau x?hem...sekiranya daging itu dihadiahkan, maka xperlu ada kesangsian terhadapnya, malah bersyukurlah dengan rezeki yang diterima...menurut hadis nabi saw pula, sekiranya tidak diketahui halal/haram maka..'sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah ia..'(riwayat bukhari)..

No comments:

Post a Comment