Thursday, February 18, 2010

apa itu syubhah??hem...


semalam, sebelum aku temankan kakak aku g interview, aku sempat baca sebuah buku yang bertajuk 'SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG MUAMALAT'...buku ini banyak memberikan jawapan tentang persoalan2 yang kadang2 dianggap remeh,tapi terjawab di dalam buku ini,utk mengelakkan salah faham ttg sesuatu,khususnya berkaitan muamalat...

aku selak2 buku ni, kemudiannya aku tertarik dgn tajuk nie..SYUBHAH..hem,ape tu shubhah?syubhah dalam kamus bermaksud kesamaran, yakni sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya antara halal dengan haram...

seperti dalam kehidupan seharian kita, kadang kala ada sesuatu perkara yang kita tidak pasti dan teragak2 dalam penggunaannya, terutamanya yang singgah difikiran aku sekarang,adalah soal makanan...serinh kita dengar dan terbaca artikel yang menyatakan larangan sesuatu makanan utk dimakan kerana terdapat bahan2 yang diharamkan..(faham2 la kan..)hem...

jadi, berbalik kpd buku yang ingin ku ulaskan di sini, ianya berkenaan muamalat,iaitu soal perniagaan...sebelum panjang lebar ulasan ku ttg tajuk nie, baik kita mulakan dgn hadis Nabi SAW yang berbunyi;
'Halal adalah jelas dan haram juga jelas. di antara keduanya adalah perkara2 yang kesamaran. ramai manusia tidak mengetahuinya...'

persoalan pertama yang dikemukakan ialah bersabit dengan soal makanan yang kebanyakannya dikeluarkan oleh pengeluar yang bukan Islam..jadi proses pembuatan itu yang menjadi tanda tanya..bukan apa,takut2 ada campuran makanan yang tak sepatutnya di dalam makanan tue...aku teringat kata2 tun dr mahathir semasa kedatangan beliau di uum baru2 ni,yang mengatakan rakyat melayu khususnya perlu berusaha dalam memonopoli pasaran yang kini hebat dipelopori oleh bangsa lain..ini juga berbalik kepada soal pemakanan kita sebagai muslim...

yang kedua, bagi memastikan makanan yang dikeluarkan itu secara halalnya dapat dimakan, kilang dan makanan tersebut perlu menjalani kawalan/pengesahan daripada badan seperti JAKIM..penguatkuasaan terhadap sijil HALAL juga perlu diperketatkan supaya perletakan halal itu tidak sewenang2nya digunakan dalam makanan yang tidak halal...

yang ketiga, kita sebagai pengguna muslim perlulah lebih peka dengan bahan makanan yang digunakan..utk itu, kita perlulah memeriksa di bahagian kandungan makanan..ini kerana sesetengah makanan tidak menjalani/mengambil kira soal halal/haram makanan tersebut...janganlah kita hanya beli saja makanan yang dipamerkan tanpa mengambil kira soal kandungannya...(ingatan buat diri juga..)



seterusnya, sekiranya naluri kita masih lagi samar2 dengan kandungan/produk tersebut,maka lebih afdal lah kalau kita tidak menggunakannya...ini kerana menurut sabda yang berbunyi...'tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu..'~riwayat tarmizi....

jadi begitulah senarionya kita sebagai hambaNya,perlulah peka dengan keadaan sekeliling supaya dalam dan luar kita terjaga daripada sebarang perkara/makanan haram nie...

sebenarnya, banyak lagi yang ingin ku ulaskan tentang bab syubhah ini,,kerana ini baru persoalan pertama,,,makanya, utk persoalan kedua dan seterusnya,akan ku update dari semasa ke semasa...

No comments:

Post a Comment