Friday, March 19, 2010

~bersabarlah wahai hati.....

kadangkala hati teringin....

kadangkala hati terdetik...

hati juga cemburu...

dan bertanyakan....

mengapa aku masih sendirian....

tiada berteman....lambatkah jodohku...

adakah jodoh buatku...

namun, terfikir juga aku...

apabila berteman kelak..

adakah hubungan mendapat redha ALLAH...?

Adakah mendapat restu Allah..?

dapatkah ku seimbangkan cinta Ilahi dengan cinta manusia?

dan apabila berkahwin...

mampukah aku menggalas tanggungjawab..

membimbing keluargaku...

dapatkah aku mendidik anakku menjadi anak yg soleh dan solehah...

segala2nya menjadi tanda tanya...mungkin bukan masanya lagi utk ku memikirkan segala hal demikian..

jadi, biarlah aku serahkan sahaja pd YANG MAHA MENGETAHUI...

apabila sampai waktunya dan ketikanya, Dia akan menghadirkan seseorang buatku..

jadi, jawapan kpd hati...

bersabarlah syg...krn Allah maha Mengetahui..

sudah jelas dalam ayat AL QURAN...

~ Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya..(AT TAKWIR:007)
~ Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (ASY SYURA': 011)

Pesanan buat diri...
~jadikanlah diri solehah dahulu sebelum menginginkan seseorang yg soleh....insyaAllah akan hadir seseorang buat diri ini yang soleh utk memimpin kehidupan yang bererti dunia dan akhirat...amin...=)

No comments:

Post a Comment